Pendidikan Fatris Bakaram

Fatris mendapat pengajian sarjana muda di Fakulti Usuluddin dalam pengkhususan Tafsir dari Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kemudian beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan di peringkat kedoktoran dalam bidang Syariah di Universiti Birmingham, United Kingdom.[3]